Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Set Kesihatan Sendi Set Selepas Bersalin Set Kurus

Sunday 23 February 2014

Hari bersama keluarga..

Selamat berhujung minggu buat semua teman-teman.. Walaupun masih terasa letih pagi ini, tapi puas hati melihat anak-anak gembira semalam.. Semalam mak mertua dan famili abang ipar datang berziarah.. Kami bawa mereka ke "Farm in the city" di Seri Kembangan.. Tempat ni macam mini zoo. Mungkin boleh kata "Pets Zoo" kot. 

Harga tiket bolah tahan.. Kami ambil 2 pakej famili. 1 Pakej famili berharga RM109 mengandungi tiket untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, 2 tiket pony ride untuk kanak-kanak, voucher makanan rm10, dan 4 minumam (2 vitagen + 2 air kotak). Kalau datang ramai-ramai ambil pakej famili ni lebih murah rasanya. Yang saya perasan semalam tiket untuk dewasa Rm30.. 

Aktiviti di sini lebih interaktif. Kita boleh bagi makan kepada haiwan-haiwan di sini. Makanan haiwan disediakan percuma (ni dah termasuk dalam harga tiket masuk kot.. he3).. Antara aktiviti yang paling Hanis suka ialah pony ride. Kali pertama dia naik dulu takut-takut, semalam dia yang lebih excited. Mungkin sebab ada kawan-kawan sepupu dia kot ;)



Masuk je ke farm ni ada pertunjukan burung. Walaupun singkat memang best. Nak tengok burung berlakon mati bila kene tembak? Ha3.. kat sini ada.. Burung-burung kat sini memang jinak.. tak takut orang langsung ok.. Tak dapat ambil gambar banyak semalam sebab bateri hampir kong.


Siapa yang berani boleh letak burung atas tangan ya.. Semalam burung ni cuba nak makan benang kat tudung saya.. Dia ingat ulat kot.. hahaha...


Ada haiwan yang saya tak tahu namanya.. ada juga haiwan yang saya suka kejar masa kecik-kecik dulu... anak ayam.. teringat masa kecik dulu, balik sekolah tadika terus kejar anak ayam.. lepas tu kene patuk dengan ibu ayam.. ha3.. kenangan.. kesian pada anak-anak sekarang tak dapat merasa aktiviti ummi kat kampung dulu.. 

ada arnab kecik, ada arnab besar. Penjaga zoo kata arnab besar tu boleh membesar lagi. Boleh mencecah 20kg. Yang ada tu baru 2-3 kilo, tu pun dan besar. Kalau 20kg mau besar kambing kot aranab tu..

Ada tempat untuk rama-rama, ok, tapi tak banyak nampak rama-rama dalam tu.. mungkin sembunyi kot.. Ada ruangan haiwan eksotik macam landak yang sangat besar.. ok, rasanya macam tak nampak landak ni kat zoo negara. Ada macam-macam lagi lah.. ayam kampung pun ada.. anak sedara siap kejar ayam serama.. bertebaran lari ayam-ayam tu dibuatnya.. 

Ni antara aktiviti bagi makan kat haiwan di sini.. ada kandang arnab, ada kolam ikan.. seronok anak-anak bagi makan kat haiwan-haiwan ni..


Masuk ke kawasan kambing dan rusa.. Sangat la manja kambing-kambing tu makan kangkung kat tangan dah gaya macam kucing tak sabar nak makan ikan kat tangan kita dah.. Masalah nya kambing ni besar kan.. takut juga bila dia kejar nak kan kangkung kat tangan.. he3.. yang kelakarnya nak keluar pintu kandang tu, rusa dengan kambing tu duk menghalang depan pintu.. sabar je la.. ada plak sekor kambing ni nak makan baju.. kebetulan pakai baju warna hijau.. dia ingat daun kot.. hahaha... sabar je lah..

Kalau nak pegang kura-kura besar, ada beberapa kura-kura yang dilepaskan kat sini.. Ada jugak kura-kura yang jalan laju sebenarnya, tapi tak selaju kita la kan.. cume lebih laju la dari yang disangka.. Ada kura-kura dinosor. Rupe dia memang macam dinosor la.. Ntah berapa tahun la umur dia agaknya.. Agaknya orang jepun dapat idea buat rasaksa untuk otomen dari kura-kura ni la.. Memang macam rasaksa yang otomen lawan lah.. hehe..

Dalam 2 jam lebih jugak lah kot nak habiskan pusing mini zoo ni sekali dengan duduk makan aiskrim.. Harini ada orang tu dapat kelepasan nak makan aiskrim.. hehehe.. Keluar dari kawasan haiwan ni, rehat-rehat kat tempat makan dan gunakan voucher yang ada.. Tempat makan tu ada meja dengan kerusi dan ada juga meja tempat bersila.. Anak-anak la yang paling gembira.. Berlari dari hujung ke hujung mengukur kawasan..

Ada booth jual barang souvenir.. Waktu kami keluar ni dah tutup dah booth ni.. da petang sangat.. Setiap kanak-kanak akan dapat sijil kehadiran ye.. Tulis nama dan tarikh sendiri.. Ok, kemudahan tandas ada disediakan, cume rasanya suaru tak ada kot.. So sila bajet-bajet masa anda supaya tak terlepas waktu solat ye. Agak-agak nak masuk waktu petang tu, solat la zuhur siap-siap. Keluar zoo dah ngam-ngam masuk waktu asar..
 
Kesimpulannya tempat ni memang sesuai untuk anak-anak yang nak mengenali haiwan-haiwan jinak secara interaktif... Orang dewasa pun boleh juga... :)

No comments:

Post a Comment