Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Set Kesihatan Sendi Set Selepas Bersalin Set Kurus

Sunday 9 March 2014

tips menjayakan penyusuan

Ibu ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun? tak tahu macamana nak mulakan? mari mulakan dengan ilmu asas tentang penyusuan...

Tips Menjayakan Penyusuan...
  1. Kepentingan NIAT
    • Asas setiap pekerjaan yang hendak kita lakukan adalah niat.. Niatkanlah menyusukan anak ibu kerana Allah, moga ia menjadi ibadah kepada Allah.. Mudah-mudahan setiap titis susu ibu yang menjadi darah daging anak-anak ibu menjadi salah satu asbab anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata didunia dan akhirat

  2. Konsep Permintaan & Pengeluaran (Supply & Demand)
    • Jumlah penghasilan susu adalah berkait rapat dengan kadar kekerapan penyusuan. Semakin kerap penyusuan, badan kita mendapat signal untuk menambah penghasilan dan pengeluaran susu. Kerapkan menyusu anak ibu sekitar 2-3 jam sekali. Sekiranya ibu bekerja atau tidak bersama anak, mengepam susu dalam tepoh yang sama juga boleh membantu.. 

  3. Fikiran POSITIF
    • Berfikirlah secara positif. Selepas bersalin jumlah susu yang dihasilkan adalah sedikit. Jangan rasa tertekan, kerana jumlah dihasilkan adalah yang diperlukan oleh anak ibu. Teruskan menyusu dengan kerap, insyaAllah jumlah susu ibu akan meningkat sesuai dengan pembesaran anak-anak ibu. Ada kalanya susu ibu juga boleh merudum ketika haid, itu adalah perkara biasa.. TERUSKAN berfikiran secara POSITIF kerana tekanan hanya akan menyebabkan susu ibu terus merudum.. Tidak semua ibu-ibu mendapat sokongan dari orang sekeliling, tetapkan pendirian dan teruslah berfikiran positif, tambahlah ilmu-ilmu berkaitan penyusuan dan kongsikan bersama mereka disekililing ibu agar mereka faham

  4. Jumlah AIR yang perlu di minum setiap hari
    • 90% dari badan kita adalah air. Keperluan air bagi ibu menyusukan adalah lebih tinggi berbanding yang tidak menyusukan. Bila keperluan air tidak mencukupi, darah tidak berjalan lancar, merencatkan sistem pengaliran darah ke otak dan organ-organ penting serta merendahkan kadar metabolisme badan kita. Akibatnya, susu ibu yang kandungan utamanya adalah air tidak dapat dihasilkan secukupnya. Ibu tahu berapa liter perlu ibu minum setiap hari? 3 liter air ye ibu..

  5. PEMAKANAN yang seimbang & mencukupi
    • Ibu perlu memastikan makanan yang diambil mempunyai semua nutrisi yang diperlukan untuk ibu dan bayi. Badan akan menghasilkan susu ibu menggunakan makanan yang diambil oleh ibu.. Nutrisi yang diperlukan oleh bayi akan diserap dari badan ibu. Kekurangan makanan seimbang dan nutrisi dari makanan harian lebih tertumpu untuk penghasilan susu ibu boleh mengakibatkan ibu mengalami gejala berikut:
      • Senang rasa letih walaupun sudah berehat/tidur lama
      • Emosi yang tidak stabil
      • Wajah kelihatan pucat
      • Pitam / Pening kepala
      • Kulit kusam dan kelihatan lebih tua dari sebenar
      • Sakit pada sendi, pinggang dan tulang belakang
      • Kaki mudah berasa kebas
      • Rambut gugur yang teruk
      • Keinginan seks menurun
      • Sakit gigi
    • Bagi membantu mengatasi masalah-masalah akibat kekurangan nutrisi, pengambilan makanan tambahan (supplement) adalah digalakkan.

  6. DOA
    • Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah. Misi menyusukan bayi dengan susu badan adalah misi yang memerlukan kekuatan fizikal dan rohani. Ibu akan mengalami pelbagai situasi yang ada kalanya menggugat keazaman ibu. Susu ibu yang dihasilkan adalah rezeki kurniaan Allah untuk anak ibu.. Jadi, mintalah pertolongan Allah dengan doa dan sabar.. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki anak dengan susu ibu yang mencukupi dan Allah kurniakan kekuatan kepada ibu untuk menghadapi dugaan dalam menjayakan penyusuan..
Semoga tip-tip yang diutarakan disini dapat membantu ibu dalam menjayakan penyusuan anak ibu :)




No comments:

Post a Comment