Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Set Kesihatan Sendi Set Selepas Bersalin Set Kurus

Tuesday 15 April 2014

Kenapa saya perlu ambil supplement?

Pernah terfikir KENAPA PERLU SUPPLEMENT? Saya pun dulu pernah terfikir juga... zaman maklumat dihujung jari ni sebenarnya banyak maklumat kita boleh dapat, yang membuka mata kita kenapa kita perlukan supplement...

Keperluan supplement untuk setiap orang berbeza.. lihatlah pada situasi dan gaya hidup sendiri...

Jadi.. kenapa perlukan supplement?

  1. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam diatas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan kimia yang digunakan sepanjang proses pengeluaran mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut  
  2. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengankutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim adalah antara yang mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak
  3. Pengambilan ubat tahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik juga mengganggu penyerapan zat makanan. 
  4. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam boleh mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh   
  5. Makanan seharian adakalanya tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan  
  6. Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak dirumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG  
     

Adakah anda berada dalam mana-mana kumpulan diatas?  Tepuk dada tanya pada diri sendiri... :)


Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

Monday 14 April 2014

Nutrisi untuk Ibu Hamil


Assalamu'alaikum teman-teman ummi, adik & kakak... harini nak share set supplemen yang sesuai untuk ibu hamil.. semangat sket nak tulis sebab yang menulis ni pun baru je dapat khabar gembira :)

Set Supplemen Ibu Hamil dari Shaklee


Ok, set supplemen untuk ibu hamil ni terbahagi kepada 2

1. Set untuk trimester pertama (1-3 bulan)

  • Vita-Lea
  • B-Complex with Folic Acid
  • Vita-C
  • Ostematrix

2. Set untuk trimester kedua dan ketiga (4-9 bulan)

  • Vita-Lea
  • B- Complex withh Folic Acid
  • Vita-C
  • Ostematrix
  • Omega Guard

Vita-Lea
  • Multivitamin lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh
  • Membekalkan zat besi untuk ibu dan mengelakkan masalah anemia. 
  • Meningkatkan ketahanan terhadap penyakit
  • Mengandungi vitamin-vitamin perlu untuk kesihatan optimum dan tenaga




B Complex with Folic Acid
  • Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisme tenaga dan replikasi DNA yang sihat
  • Asid Folic amat diperlukan untuk pembentukan bayi dari minggu pertama. Adalah digalakkan bagi ibu-ibu yang merancang untuk hamil mengambil asid folic seawal proses ovulasi berlaku (haid)
  • Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan 



Vita-C Plus Sustained Release
  • Anti-oksidan semulajadi
  •  Mengekalkan integriti sel
  • Menggalakkan pertumbuhan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah yang sihat
  • Membantu mengurangkan simptom alergi




Ostematrix
  • Mengandungi kalsium dan magnesium
  • Kalsium penting untuk pembentukan tulang, gigi, darah dan saraf
  • Ibu memerlukan bekalan kalsium lebih dari biasa kerana kalsium dalam badan ibu akan diserap oleh bayi. Kekurangan kalsium dalam badan boleh menyebabkan rasa sengal dan sakit badan, osteoporosis dan kelesuan




Omega Guard
  • DHA adalah penting dalam pembentukan otak bayi
  • Membantu mencukupkan keperluan DAH harian ibu
  • Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah





KENAPA PERLU AMBIL SUPPLEMEN?

Semasa hamil, nutrisi dalam badan ibu akan diserap untuk pembentukan janin. Ibu perlu 2 kali ganda nutrisi untuk keperluan ibu dan bayi didalam kandungan. Tidak semua makanan yang ibu ambil dapat membekalkan nutrisi mencukupi, sama ada kerana pemakanan yang tidak seimbang mahupun cara penyediaan yang menyebabkan nutrisi berkurangan atau terhapus.


Sebagai tambahan, ibu hamil yang mengalami alahan teruk boleh mengambil Peppermint Ginger Plus
  • Memberi kelegaan pada perut
  • Menolong proses penghadaman
  • Melegakan Sakit Perut







Harap perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang sedang hamil.. :)




* Produk-produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.