Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Set Kesihatan Sendi Set Selepas Bersalin Set Kurus

Thursday 9 July 2015

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Ummi, Adik dan Kakak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak..
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...
Semoga kita beroleh rahmat dan pengampunan dari Allah dan dilepaskan dari api neraka...



Saturday 7 February 2015

VITA-LEA FOR CHILDREN @ KIDS


Pernah rasa VITA-LEA FOR CHILDREN @ VITA-LEA KIDS? Dengan parisa anggur, memang sedap.. bukan kanak-kanak je suka makan, orang dewasa pun akan suka dengan perasa ini. InsyaAllah, untuk anak-anak terutamanya yang kurang memakan makanan berkhasiat, dicadangkan mengambil VITA-LEA for CHILDREN ini untuk memenuhi keperluan nutrisi harian mereka.


VITA LEA for CHILDREN disukai anak-anak
Adik dan kakak sangat suka VITA LEA for CHILDREN ni..
Botol kene simpan sebab adik dah pandai buka sendiri :)

APA KELEBIHAN VITA LEA FOR CHILDREN?

  • 100% vitamin C, D dan E serta kesemua 8 Vitamin B
  • 200 mg Zink, Copper dan lain-lain
  • Pemanis SEMULAJADI dengan xylitol untuk mengELAKkan KAVITI
  • TIADA perasa tiruan, pemanis tiruan mahupun pengawet
  • TANPA GLUTEN: Perasa anggur semulajadi yang enak
  • 18 VITAMIN & MINERAL penting untuk pertumbuhan kanak-kanak

Boleh juga dapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh melalui pemakanan.. antaranya..

Vitamin C (60mg) = 6 ounce jus oren
Vitamin D (400 IU) = 3 x 8oz gelas susu
Folic Asid (400 mcg) = 4 cawan brokoli dimasak

ni antaranya lah kan.. banyak lagi sumber-sumber vitamin yang boleh dimakan untuk memenuhi keperluan tubuh anak-anak kita.. kiranya anak-anak kita payah nak makan makanan-makanan ni, VITA-LEA for CHILDREN kan ada... :-)


Untuk pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Suzana Jaafar
♥ sms/whatsApp: 012-6646995
♥ Fb: www.facebook.com/ummiadikkakak sila klik LIKE utk info terkini


Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.






Saturday 31 January 2015

PENGEDAR SHAKLEE SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Alhamdulillah setelah bertahun mencari dan memikirkan tempat untuk menetap, dengan izin Allah, kami sekeluarga kini menetap di TAMAN SRI SERDANG, SERI KEMBANGAN. Dengan rezeki yang Allah beri dapatlah kami beli rumah atas tangan di Taman Sri Serdang ni.. dari belajar sampai la dah kahwin dan kini memiliki 3 orang anak, rasa memang serasi betul duduk di serdang ni :)

CASH ON DELIVERY (COD)

Kalau anda berada di sekitar SERI KEMBANGAN, SERDANG, UPM saya boleh hantarkan terus barangan shaklee ini kepada anda insyaAllah. Area PUTRAJAYA dan BANGI pun boleh dibincangkan..

FREE CONSULTATION

Jika anda membeli barangan shaklee daripada saya, anda layak mendapat konsultasi percuma bagi menjayakan matlamat penggunaan suplemen ini.. mudah-mudahan dengan izin Allah, apa yang diusahakan tercapai

PELUANG JANA PENDAPATAN

Selain menggunakan produk shaklee untuk kegunaan sendiri, anda boleh juga menjana pendapatan sekiranya mendaftar sebagai ahli dan memenuhi kriteria untuk mendapat bonus. Kalau penggunaan setiap bulan dah mencapai RM450 ke atas, insyaAllah dah boleh dapat bonus dah tu...


♥ Hubungi saya
Suzana Jaafar
HP: 012-6646995
FB : suzanajaafar
FB PAGE : www.facebook.com/ummiadikkakak
BLOG : www.ummiadikkakak.com

aiskrim bandung dengan mealshake ♥

ni cerita beberapa hari lepas... sementara nak habiskan baki-baki cuti lepas bersalin ni, memikirkan apa nak buat ya.. memandangkan deep freez pun dah dihidupkan semula, datang lah idea nak buat aiskrim dengan mealshake..

mula-mula buat aiskrim vico + mealshake.. sedap juga rupenye.. anak-anak memang suke la.. balik sekolah je makan aiskrim.. tapi gambar tak sempat nak snap..
.
lepas tu buat aiskrim bandung mealshake plak.. wah.. pun sedap juga la.. rasa berkrim je bandung tu.. 
ni resepi yang saya gunakan untuk 1 bancuhan air bandung untuk buat aiskrim. 

1. Air - 16oz ataupun lebih kurang 480 - 500 ml
2. 2 sudu makan ibu sirap ros.. saya tak gunakan cordial sebab cordial dah ada gula
3. 6 scoop mealshake - saya gunakan scoop susu anak saya yang lama

Cara-caranya:

Bancuh semua sekali. Saya gunakan Shake n Take, blend semua sekali sampai sebati.. dah siap 1 bancuhan... 


kemudian boleh la dimasukkan dalam plastik aiskrim.. sekali bancuhan boleh la dapat dalam 6 ke 10 plastik bergantung pada berapa banyak kita masukkan dalam 1 plastik tu dan ada yang kene cukai ke tak.. hehehe.. dah siap masukkan, boleh la masukkan dalam freezer.. senang je kan.. jemput la cube ya.. 





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Suzana Jaafar
♥ sms/whatsApp: 012-6646995♥ Fb: www.facebook.com/ummiadikkakak sila klik LIKE utk info terkini


Thursday 8 May 2014

Resepi Mealshake

Nak tahu macamana nak menyediakan hidangan BERKHASIAT untuk seisi keluarga menggunakan meal shake? Anda boleh gabungkan meal shake dengan buah-buahan tempatan mahupun import..

Apa yang anda perlukan ialah

1. Pengisar
2. 1 hingga 2 sudu meal shake mengikut keperluan
3. 1 cawan air masak
4. Buah ~ boleh gunakan sebarang buah yang dirasakan sesuai seperti epal, betik, strawberi, mangga dan lain-lain

Masukkan bahan-bahan kedalam pengisar, dan kisar... hasilnya... jus buah yang sangat sedap... TAK PERCAYA? Cuba lah..

Ni contoh Jus buah yang telah dihasilkan dengan meal shake

Meal Shakes dengan Epal Merah


 Meal Shakes dengan Betik



Untuk mengetahui kebaikan Meal Shake Klik di sini


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Suzana Jaafar
♥ sms/whatsApp: 012-6646995
♥ Fb: www.facebook.com/ummiadikkakak sila klik LIKE utk info terkini




Tuesday 15 April 2014

Kenapa saya perlu ambil supplement?

Pernah terfikir KENAPA PERLU SUPPLEMENT? Saya pun dulu pernah terfikir juga... zaman maklumat dihujung jari ni sebenarnya banyak maklumat kita boleh dapat, yang membuka mata kita kenapa kita perlukan supplement...

Keperluan supplement untuk setiap orang berbeza.. lihatlah pada situasi dan gaya hidup sendiri...

Jadi.. kenapa perlukan supplement?

  1. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam diatas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan kimia yang digunakan sepanjang proses pengeluaran mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut  
  2. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengankutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim adalah antara yang mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak
  3. Pengambilan ubat tahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik juga mengganggu penyerapan zat makanan. 
  4. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam boleh mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh   
  5. Makanan seharian adakalanya tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan  
  6. Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak dirumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG  
     

Adakah anda berada dalam mana-mana kumpulan diatas?  Tepuk dada tanya pada diri sendiri... :)


Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

Monday 14 April 2014

Nutrisi untuk Ibu Hamil


Assalamu'alaikum teman-teman ummi, adik & kakak... harini nak share set supplemen yang sesuai untuk ibu hamil.. semangat sket nak tulis sebab yang menulis ni pun baru je dapat khabar gembira :)

Set Supplemen Ibu Hamil dari Shaklee


Ok, set supplemen untuk ibu hamil ni terbahagi kepada 2

1. Set untuk trimester pertama (1-3 bulan)

  • Vita-Lea
  • B-Complex with Folic Acid
  • Vita-C
  • Ostematrix

2. Set untuk trimester kedua dan ketiga (4-9 bulan)

  • Vita-Lea
  • B- Complex withh Folic Acid
  • Vita-C
  • Ostematrix
  • Omega Guard

Vita-Lea
  • Multivitamin lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh
  • Membekalkan zat besi untuk ibu dan mengelakkan masalah anemia. 
  • Meningkatkan ketahanan terhadap penyakit
  • Mengandungi vitamin-vitamin perlu untuk kesihatan optimum dan tenaga




B Complex with Folic Acid
  • Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisme tenaga dan replikasi DNA yang sihat
  • Asid Folic amat diperlukan untuk pembentukan bayi dari minggu pertama. Adalah digalakkan bagi ibu-ibu yang merancang untuk hamil mengambil asid folic seawal proses ovulasi berlaku (haid)
  • Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan 



Vita-C Plus Sustained Release
  • Anti-oksidan semulajadi
  •  Mengekalkan integriti sel
  • Menggalakkan pertumbuhan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah yang sihat
  • Membantu mengurangkan simptom alergi




Ostematrix
  • Mengandungi kalsium dan magnesium
  • Kalsium penting untuk pembentukan tulang, gigi, darah dan saraf
  • Ibu memerlukan bekalan kalsium lebih dari biasa kerana kalsium dalam badan ibu akan diserap oleh bayi. Kekurangan kalsium dalam badan boleh menyebabkan rasa sengal dan sakit badan, osteoporosis dan kelesuan




Omega Guard
  • DHA adalah penting dalam pembentukan otak bayi
  • Membantu mencukupkan keperluan DAH harian ibu
  • Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah





KENAPA PERLU AMBIL SUPPLEMEN?

Semasa hamil, nutrisi dalam badan ibu akan diserap untuk pembentukan janin. Ibu perlu 2 kali ganda nutrisi untuk keperluan ibu dan bayi didalam kandungan. Tidak semua makanan yang ibu ambil dapat membekalkan nutrisi mencukupi, sama ada kerana pemakanan yang tidak seimbang mahupun cara penyediaan yang menyebabkan nutrisi berkurangan atau terhapus.


Sebagai tambahan, ibu hamil yang mengalami alahan teruk boleh mengambil Peppermint Ginger Plus
  • Memberi kelegaan pada perut
  • Menolong proses penghadaman
  • Melegakan Sakit Perut







Harap perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang sedang hamil.. :)




* Produk-produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.