Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Promosi Julai 2015 Set Kesihatan Sendi Set Selepas Bersalin Set Kurus

Thursday 8 May 2014

Resepi Mealshake

Nak tahu macamana nak menyediakan hidangan BERKHASIAT untuk seisi keluarga menggunakan meal shake? Anda boleh gabungkan meal shake dengan buah-buahan tempatan mahupun import..

Apa yang anda perlukan ialah

1. Pengisar
2. 1 hingga 2 sudu meal shake mengikut keperluan
3. 1 cawan air masak
4. Buah ~ boleh gunakan sebarang buah yang dirasakan sesuai seperti epal, betik, strawberi, mangga dan lain-lain

Masukkan bahan-bahan kedalam pengisar, dan kisar... hasilnya... jus buah yang sangat sedap... TAK PERCAYA? Cuba lah..

Ni contoh Jus buah yang telah dihasilkan dengan meal shake

Meal Shakes dengan Epal Merah


 Meal Shakes dengan Betik



Untuk mengetahui kebaikan Meal Shake Klik di sini


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Suzana Jaafar
♥ sms/whatsApp: 012-6646995
♥ Fb: www.facebook.com/ummiadikkakak sila klik LIKE utk info terkini




Tuesday 15 April 2014

Kenapa saya perlu ambil supplement?

Pernah terfikir KENAPA PERLU SUPPLEMENT? Saya pun dulu pernah terfikir juga... zaman maklumat dihujung jari ni sebenarnya banyak maklumat kita boleh dapat, yang membuka mata kita kenapa kita perlukan supplement...

Keperluan supplement untuk setiap orang berbeza.. lihatlah pada situasi dan gaya hidup sendiri...

Jadi.. kenapa perlukan supplement?

  1. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam diatas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan kimia yang digunakan sepanjang proses pengeluaran mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut  
  2. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengankutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim adalah antara yang mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak
  3. Pengambilan ubat tahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik juga mengganggu penyerapan zat makanan. 
  4. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam boleh mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh   
  5. Makanan seharian adakalanya tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan  
  6. Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak dirumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG  
     

Adakah anda berada dalam mana-mana kumpulan diatas?  Tepuk dada tanya pada diri sendiri... :)


Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

Monday 14 April 2014

Nutrisi untuk Ibu Hamil


Assalamu'alaikum teman-teman ummi, adik & kakak... harini nak share set supplemen yang sesuai untuk ibu hamil.. semangat sket nak tulis sebab yang menulis ni pun baru je dapat khabar gembira :)

Set Supplemen Ibu Hamil dari Shaklee


Ok, set supplemen untuk ibu hamil ni terbahagi kepada 2

1. Set untuk trimester pertama (1-3 bulan)

  • Vita-Lea
  • B-Complex with Folic Acid
  • Vita-C
  • Ostematrix

2. Set untuk trimester kedua dan ketiga (4-9 bulan)

  • Vita-Lea
  • B- Complex withh Folic Acid
  • Vita-C
  • Ostematrix
  • Omega Guard

Vita-Lea
  • Multivitamin lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh
  • Membekalkan zat besi untuk ibu dan mengelakkan masalah anemia. 
  • Meningkatkan ketahanan terhadap penyakit
  • Mengandungi vitamin-vitamin perlu untuk kesihatan optimum dan tenaga




B Complex with Folic Acid
  • Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisme tenaga dan replikasi DNA yang sihat
  • Asid Folic amat diperlukan untuk pembentukan bayi dari minggu pertama. Adalah digalakkan bagi ibu-ibu yang merancang untuk hamil mengambil asid folic seawal proses ovulasi berlaku (haid)
  • Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan 



Vita-C Plus Sustained Release
  • Anti-oksidan semulajadi
  •  Mengekalkan integriti sel
  • Menggalakkan pertumbuhan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah yang sihat
  • Membantu mengurangkan simptom alergi




Ostematrix
  • Mengandungi kalsium dan magnesium
  • Kalsium penting untuk pembentukan tulang, gigi, darah dan saraf
  • Ibu memerlukan bekalan kalsium lebih dari biasa kerana kalsium dalam badan ibu akan diserap oleh bayi. Kekurangan kalsium dalam badan boleh menyebabkan rasa sengal dan sakit badan, osteoporosis dan kelesuan




Omega Guard
  • DHA adalah penting dalam pembentukan otak bayi
  • Membantu mencukupkan keperluan DAH harian ibu
  • Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah





KENAPA PERLU AMBIL SUPPLEMEN?

Semasa hamil, nutrisi dalam badan ibu akan diserap untuk pembentukan janin. Ibu perlu 2 kali ganda nutrisi untuk keperluan ibu dan bayi didalam kandungan. Tidak semua makanan yang ibu ambil dapat membekalkan nutrisi mencukupi, sama ada kerana pemakanan yang tidak seimbang mahupun cara penyediaan yang menyebabkan nutrisi berkurangan atau terhapus.


Sebagai tambahan, ibu hamil yang mengalami alahan teruk boleh mengambil Peppermint Ginger Plus
  • Memberi kelegaan pada perut
  • Menolong proses penghadaman
  • Melegakan Sakit Perut







Harap perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang sedang hamil.. :)




* Produk-produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

Sunday 9 March 2014

tips menjayakan penyusuan

Ibu ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun? tak tahu macamana nak mulakan? mari mulakan dengan ilmu asas tentang penyusuan...

Tips Menjayakan Penyusuan...
  1. Kepentingan NIAT
    • Asas setiap pekerjaan yang hendak kita lakukan adalah niat.. Niatkanlah menyusukan anak ibu kerana Allah, moga ia menjadi ibadah kepada Allah.. Mudah-mudahan setiap titis susu ibu yang menjadi darah daging anak-anak ibu menjadi salah satu asbab anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata didunia dan akhirat

  2. Konsep Permintaan & Pengeluaran (Supply & Demand)
    • Jumlah penghasilan susu adalah berkait rapat dengan kadar kekerapan penyusuan. Semakin kerap penyusuan, badan kita mendapat signal untuk menambah penghasilan dan pengeluaran susu. Kerapkan menyusu anak ibu sekitar 2-3 jam sekali. Sekiranya ibu bekerja atau tidak bersama anak, mengepam susu dalam tepoh yang sama juga boleh membantu.. 

  3. Fikiran POSITIF
    • Berfikirlah secara positif. Selepas bersalin jumlah susu yang dihasilkan adalah sedikit. Jangan rasa tertekan, kerana jumlah dihasilkan adalah yang diperlukan oleh anak ibu. Teruskan menyusu dengan kerap, insyaAllah jumlah susu ibu akan meningkat sesuai dengan pembesaran anak-anak ibu. Ada kalanya susu ibu juga boleh merudum ketika haid, itu adalah perkara biasa.. TERUSKAN berfikiran secara POSITIF kerana tekanan hanya akan menyebabkan susu ibu terus merudum.. Tidak semua ibu-ibu mendapat sokongan dari orang sekeliling, tetapkan pendirian dan teruslah berfikiran positif, tambahlah ilmu-ilmu berkaitan penyusuan dan kongsikan bersama mereka disekililing ibu agar mereka faham

  4. Jumlah AIR yang perlu di minum setiap hari
    • 90% dari badan kita adalah air. Keperluan air bagi ibu menyusukan adalah lebih tinggi berbanding yang tidak menyusukan. Bila keperluan air tidak mencukupi, darah tidak berjalan lancar, merencatkan sistem pengaliran darah ke otak dan organ-organ penting serta merendahkan kadar metabolisme badan kita. Akibatnya, susu ibu yang kandungan utamanya adalah air tidak dapat dihasilkan secukupnya. Ibu tahu berapa liter perlu ibu minum setiap hari? 3 liter air ye ibu..

  5. PEMAKANAN yang seimbang & mencukupi
    • Ibu perlu memastikan makanan yang diambil mempunyai semua nutrisi yang diperlukan untuk ibu dan bayi. Badan akan menghasilkan susu ibu menggunakan makanan yang diambil oleh ibu.. Nutrisi yang diperlukan oleh bayi akan diserap dari badan ibu. Kekurangan makanan seimbang dan nutrisi dari makanan harian lebih tertumpu untuk penghasilan susu ibu boleh mengakibatkan ibu mengalami gejala berikut:
      • Senang rasa letih walaupun sudah berehat/tidur lama
      • Emosi yang tidak stabil
      • Wajah kelihatan pucat
      • Pitam / Pening kepala
      • Kulit kusam dan kelihatan lebih tua dari sebenar
      • Sakit pada sendi, pinggang dan tulang belakang
      • Kaki mudah berasa kebas
      • Rambut gugur yang teruk
      • Keinginan seks menurun
      • Sakit gigi
    • Bagi membantu mengatasi masalah-masalah akibat kekurangan nutrisi, pengambilan makanan tambahan (supplement) adalah digalakkan.

  6. DOA
    • Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah. Misi menyusukan bayi dengan susu badan adalah misi yang memerlukan kekuatan fizikal dan rohani. Ibu akan mengalami pelbagai situasi yang ada kalanya menggugat keazaman ibu. Susu ibu yang dihasilkan adalah rezeki kurniaan Allah untuk anak ibu.. Jadi, mintalah pertolongan Allah dengan doa dan sabar.. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki anak dengan susu ibu yang mencukupi dan Allah kurniakan kekuatan kepada ibu untuk menghadapi dugaan dalam menjayakan penyusuan..
Semoga tip-tip yang diutarakan disini dapat membantu ibu dalam menjayakan penyusuan anak ibu :)




Sunday 2 March 2014

ESP Combo

Hari ini saya nak share mengenai ESP.. Tahukah teman-teman ESP ni boleh digabungkan dengan pelbagai produk shaklee untuk membantu mendapatkan hasil yang optimum?

Berikut adalah beberapa gabungan ESP untuk hasil yang terbaik..


Hubungi saya untuk medapatkan set combo ini segera..

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

Tuesday 25 February 2014

Basic-H ~ Membantu membersih kediaman anda

Tahukah anda, botol kecil 16oz ini boleh dicampurkan kedalam 48gelen air sebagai pembersih selamat dan semulajadi, untuk pelbagai kegunaan. 

Untuk sebarang kegunaan pembersihan:
Tambah 1/4 sudu kedalam 16 oz. air.

Untuk tingkap dan cermin:
Tambah 1-2 titik kedalam 16 oz. air.

Untuk menghilangkan minyak:
Tambah 1 1/2 sudu. kedalam 16 oz. air.

Untuk tugasan lebih besar, tambah 2 oz. to 1 gelen air.

Cinch Energy Tea Mix

Anda suka teh? Mahukan manfaat kawalan berat badan dalam hidangan teh anda? Cuba produk ini..

Memberikan tenaga segera bila-bila masa dan menjadikan anda lebih peka. Sedap diminum panas mahupun sejuk

Cinch Shake Mix ~ Membantu mengawal berat badan

Perlukan produk yang membantu mengawal berat badan? Shaklee menyediakan 3 pilihan perasa Cinch Shake Mix. Ambil sebelum bersarapan pagi atau semasa minum pagi.. 






Berpantang dengan shaklee

Sedang memikirkan apa yang hendak diambil selepas bersalin? Cuba lah produk shaklee.. Ramai telah mencubanya dan merasai kebaikannya...


Sunday 23 February 2014

Hari bersama keluarga..

Selamat berhujung minggu buat semua teman-teman.. Walaupun masih terasa letih pagi ini, tapi puas hati melihat anak-anak gembira semalam.. Semalam mak mertua dan famili abang ipar datang berziarah.. Kami bawa mereka ke "Farm in the city" di Seri Kembangan.. Tempat ni macam mini zoo. Mungkin boleh kata "Pets Zoo" kot. 

Harga tiket bolah tahan.. Kami ambil 2 pakej famili. 1 Pakej famili berharga RM109 mengandungi tiket untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, 2 tiket pony ride untuk kanak-kanak, voucher makanan rm10, dan 4 minumam (2 vitagen + 2 air kotak). Kalau datang ramai-ramai ambil pakej famili ni lebih murah rasanya. Yang saya perasan semalam tiket untuk dewasa Rm30.. 

Aktiviti di sini lebih interaktif. Kita boleh bagi makan kepada haiwan-haiwan di sini. Makanan haiwan disediakan percuma (ni dah termasuk dalam harga tiket masuk kot.. he3).. Antara aktiviti yang paling Hanis suka ialah pony ride. Kali pertama dia naik dulu takut-takut, semalam dia yang lebih excited. Mungkin sebab ada kawan-kawan sepupu dia kot ;)



Masuk je ke farm ni ada pertunjukan burung. Walaupun singkat memang best. Nak tengok burung berlakon mati bila kene tembak? Ha3.. kat sini ada.. Burung-burung kat sini memang jinak.. tak takut orang langsung ok.. Tak dapat ambil gambar banyak semalam sebab bateri hampir kong.


Siapa yang berani boleh letak burung atas tangan ya.. Semalam burung ni cuba nak makan benang kat tudung saya.. Dia ingat ulat kot.. hahaha...


Ada haiwan yang saya tak tahu namanya.. ada juga haiwan yang saya suka kejar masa kecik-kecik dulu... anak ayam.. teringat masa kecik dulu, balik sekolah tadika terus kejar anak ayam.. lepas tu kene patuk dengan ibu ayam.. ha3.. kenangan.. kesian pada anak-anak sekarang tak dapat merasa aktiviti ummi kat kampung dulu.. 

ada arnab kecik, ada arnab besar. Penjaga zoo kata arnab besar tu boleh membesar lagi. Boleh mencecah 20kg. Yang ada tu baru 2-3 kilo, tu pun dan besar. Kalau 20kg mau besar kambing kot aranab tu..

Ada tempat untuk rama-rama, ok, tapi tak banyak nampak rama-rama dalam tu.. mungkin sembunyi kot.. Ada ruangan haiwan eksotik macam landak yang sangat besar.. ok, rasanya macam tak nampak landak ni kat zoo negara. Ada macam-macam lagi lah.. ayam kampung pun ada.. anak sedara siap kejar ayam serama.. bertebaran lari ayam-ayam tu dibuatnya.. 

Ni antara aktiviti bagi makan kat haiwan di sini.. ada kandang arnab, ada kolam ikan.. seronok anak-anak bagi makan kat haiwan-haiwan ni..


Masuk ke kawasan kambing dan rusa.. Sangat la manja kambing-kambing tu makan kangkung kat tangan dah gaya macam kucing tak sabar nak makan ikan kat tangan kita dah.. Masalah nya kambing ni besar kan.. takut juga bila dia kejar nak kan kangkung kat tangan.. he3.. yang kelakarnya nak keluar pintu kandang tu, rusa dengan kambing tu duk menghalang depan pintu.. sabar je la.. ada plak sekor kambing ni nak makan baju.. kebetulan pakai baju warna hijau.. dia ingat daun kot.. hahaha... sabar je lah..

Kalau nak pegang kura-kura besar, ada beberapa kura-kura yang dilepaskan kat sini.. Ada jugak kura-kura yang jalan laju sebenarnya, tapi tak selaju kita la kan.. cume lebih laju la dari yang disangka.. Ada kura-kura dinosor. Rupe dia memang macam dinosor la.. Ntah berapa tahun la umur dia agaknya.. Agaknya orang jepun dapat idea buat rasaksa untuk otomen dari kura-kura ni la.. Memang macam rasaksa yang otomen lawan lah.. hehe..

Dalam 2 jam lebih jugak lah kot nak habiskan pusing mini zoo ni sekali dengan duduk makan aiskrim.. Harini ada orang tu dapat kelepasan nak makan aiskrim.. hehehe.. Keluar dari kawasan haiwan ni, rehat-rehat kat tempat makan dan gunakan voucher yang ada.. Tempat makan tu ada meja dengan kerusi dan ada juga meja tempat bersila.. Anak-anak la yang paling gembira.. Berlari dari hujung ke hujung mengukur kawasan..

Ada booth jual barang souvenir.. Waktu kami keluar ni dah tutup dah booth ni.. da petang sangat.. Setiap kanak-kanak akan dapat sijil kehadiran ye.. Tulis nama dan tarikh sendiri.. Ok, kemudahan tandas ada disediakan, cume rasanya suaru tak ada kot.. So sila bajet-bajet masa anda supaya tak terlepas waktu solat ye. Agak-agak nak masuk waktu petang tu, solat la zuhur siap-siap. Keluar zoo dah ngam-ngam masuk waktu asar..
 
Kesimpulannya tempat ni memang sesuai untuk anak-anak yang nak mengenali haiwan-haiwan jinak secara interaktif... Orang dewasa pun boleh juga... :)

Sunday 16 February 2014

GLA Complex

Pernah dengar mengenai GLA Complex Shaklee? Jom, baca sikit...

Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia dipasaran dihasilkan dan Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dan 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dan EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya di gabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun kedalam sel dan tisu.



Antara manfaat utama GLA Complex:

  1. Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  2. Mengawal selia estrogen dan testosteron GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  3. Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  4. Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  5. Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  6. Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.
  7. Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  8. Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolesterol LDL menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengel keasidan hiper.
  9. Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi mengelak masalah jantung seperti arterioskierosis dan myocardial infarction.
  10. Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  11. Hiperaktif and Autisma (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

Cadangan pengambilan:
Untuk pemeliharaan kesihatan: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali (lepas makan).
Untuk menopaus, pelangsingan, hyperaktif: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali (lepas makan)

GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita
Ramai orang bersalahanggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh maknusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropause (menopaus lelaki).


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota  : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.



Omega Guard

Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara jepun. Ia bukan dari minyak hati ikan. Ia mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 1 sajian Omega Guard membekalkan 905mg asid-lemak omega 3 EPA dan DHA

Apa kelebihan dan manfaat utama Omega Guard?
  1. Asid lemak - Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostagladin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. la juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan
  2. Mencegah penyakit saluran darah dan strok- DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, Ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. la juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  3. Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina . la penting terutamamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan HDA.
  4. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE(lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  5. Menentang kanser - kajian yelah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon. la juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih effektif.
  6. Memelihara fungsi-fungsi sendi(arthritis) - Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu Ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. la mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.
  7. Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu. dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan(anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.
American Public Health Association mengesyorkan makan ikan taut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan(playing cards) sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. la membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.


Menarik kan? 1 supplement punya banyak manfaat. Jom order dan rasai kesannya.. ;)

Cadangan pengambilan:
Untuk penjagaan kesihatan: 2 kali sehari, 2 hingga 4 kapsul (sebelum atau sesudah makan) 
Untuk sakit tulang, kelesterol tinggi, tekanan darah tinggi,: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali.


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.



Thursday 6 February 2014

HATI oh HATI

Tahukah teman apa fungsi hati dalam tubuh badan kita?

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dna berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi serangan kepada hati akibat alkohol berlebihan contohnya boleh merosakkan hati. Namun tahukan teman bahawa hati mampu membaiki organnya sendiri? Hati boleh dianggap INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh kita.

Fungsi Hati: 
  1.    Rembesan hempedu : Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil. Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A,D,E,F,K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukar Beta Karotena kepada vitamin A
  2.     Bertindak sebagai detoksifikasi : Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism protin. Untuk detoksifikasi ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan baha-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuh dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
  3.     Mengawal paras gula dalam darah : Dengan menukarkan tiroksina - hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukoosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukar kembali sebagai gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
  4.     Penting dalam metabolisma lemak : Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospholipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan




DTX-Complex shaklee merupakan supplement yang membantu mengekalkan kesihatan hati di tahap optimum


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.



DTX Complex

DTX Complex Shaklee merupakan gabungan daripada herba-herba yang bermanfaat untuk kesihatan hati.Hati memainan peranan yang sangat penting dalam tubuh kita. Ia boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN. Baca tentang fungsi hati di sini.

DTX Complex merupakan gabungan herba-herba iaitu:

  • Ekstrak biji benih pokok Susu Tesil (Milk thistle seed)
  •  
    • Melindungi hati daripada toksin termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
    • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
    • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
    • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
    • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema
    •  
  • Articok (Artichoke)
    •  
    • Membina semula sel-sel hati
    • Merangsang pengaliran hempedu
    •  
  • Dandelion
    •  
    • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku pembengkakan hati (hepatitis) dan jondis
    • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
    • Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
    • Meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap zat besi - melawan anemia
    • Melawan tumor dan kanser
    • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air
    •  
  • Kunyit
    •  
    • Mengandungi curcumin; bahan anti-oksida
    • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan 
    • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV
    •  
  • Reishi mushroom (Ling zhi)
    •  
    • Membina imun - membantu dalam mencegah atau merawat kanser
    • Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
    • Merawat sindrom keletihan yang kronik
    • Membantu mencegah penyakit jantung
    •  
  •  Schizandra
    •  
    • Mengandungi bahan anti-oksida
    • Merangsang sistesis protin
    • Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi
    • Memperlahan pembentukan toksin

Cadangan pengambilan : 3 biji sehari

Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

Ostematrix

Tulang adalah stuktur penting dalam tubuh badan kita. ia adalah kerangka utama tubuh badan kita, melindungi organ-organ utama dan membolehkan kita menggerakkan anggota badan kita. Pembetukan dan pemeliharaan tulang adalah berkait rapat dengan kalsium harian kita.

Ostematrix merupakan supplement shaklee yang membekalkan kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan. Antara kelebihan Ostematrix shaklee adalah:

  1. Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. 
  2. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  
  3. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. 
  4. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Jom dapatkan Ostematrix segera untuk memastikan tulang sentiasa kuat dan sihat.....
Ruj: www.mamafaiz.com

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

Zinc Complex

Kelebihan Zinc Complex:
  1. Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  2. Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  3. Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  4. Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  5. Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  6. Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  7. Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  8. Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  9. Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  10. Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  11. Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  12. Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  13. Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  14. Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  15. Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
  16. Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  17. Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.



Banyak kan kelebihan Zink ni... nak baca pun penat..  Apa lagi? Hubungi saya untuk khidmat nasihat dan pembelian.. Jom lebih sihat :)

Ruj: www.mamafaiz.com

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

Lecithin

Berfungsi sebagai pemecah lemak (fat emulsifier). Boleh didapati daripada tisu haiwan seperti telur, jagung dan kacang soya

Fungsi:
  • Memproses metabolisme, kolesterol, triglycerides & lemak darah (blood lipids)
  • Memecah dan mencairkan lemak terutama kolesterol
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
  • Penting untuk fungsi otak - Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine. Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Untuk golongan tua - Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel. Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
  • Penting untuk perlindungan sistem jantung kerana sifat pemecah lemaknya
** Pastikan pengambilan Lecithin selepas makan berat (makan tengahari/makan malam) kerana pengambilan sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik yang menyebabkan cepat berasa lapar

Ruj: www.mamafaiz.com

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

batu hempedu

Assalamualaikum teman. semoga hari ini lebih baik dari semalam. hari ini genap 8 hari meneman suami di kpj selangor. pagi ni nak share sikit info berkenaan batu hempedu

Apa fungsi pundi hempedu?


Hempedu atau dalam bahasa inggerisnya "gallbladder" merupakan organ badan kecil yang penting bagi penghadaman lemak dan memekatkan hempedu yang dihasilkan oleh hati. apabila makanan berlemak memasuki saluran penghadaman, ia merangsang rembesan kolesistokinin. sebagai tindak balas pundi hempedu yang menyimpan hempedu membebaskan kandungannya ke dalam duodenum. hempedu ini dihasilkan dalam hati, mengemulsi lemak dalam makanan separa hadam. semasa simpanan dalam pundi hempedu, ia menjadi semakin pekat yang meningkatkan keberkesanannya pada lemak. Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan.

Bagaimana batu hempedu terhasil?
 Hati menghasilkan hempedu, sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolesterol dan bahan kimia lain. ia disimpan didalam pundi hempedu hingga diperlukan untuk mencerna lemak didalam usus kecil. Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

Apa tanda-tandanya?

  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam. Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan. Serangan batu hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya
  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas. Apabila ini berlaku, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa. Ada ketikanya, batu hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas. Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.


Siapa yang berisiko?

  • Wanita berumur diantara 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Indeks jisim tubuh (BMI) meningkat
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu hempedu.
  • Kebarangkalian meningkat seiring usia anda


Adakah batu hempedu mempunyai jenis yang berbeza?
Ya. Terdapat beberapa jenis batu hempadu seperti berikut:

  1. Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  2. Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  3. Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.


Bagaimana cara diagnosis?
kebanyakan batu karang hempedu lebih-lebih lagi yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom, dikesan sewaktu ujian dijalankan - termasuk ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer - yang dilakukan atas sebab-sebab lain. Jika terdapat tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit batu karang hempedu, doktor akan mengesyaki kehadiran penyakit tersebut berdasarkan latar belakang perubatan keluarga dan pemeriksaan fizikal. 

  1. memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata
  2. Memeriksa abdomen secara palpasi untuk melihat sama ada ia akan terasa sakit apabila disentuh
  3. Melakukan ujian darah untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal, atau bilirubin yang berlebihan.

Rawatan
Untuk merawat masalah batu hempedu ini, terdapat jenis rawatan melalui pemebedahan dan bukan pembedahan.
Rawatan melalaui pembedahan terbahagi kepada 2

  1. Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil. Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
  2. Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

Rawatan bukan pembedahan terbahagi kepada beberapa jenis

  1. Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
  2. Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan
Terdapat juga teknik-teknik rawatan alternatif yang dicadangkan untuk merawat batu hempedu ini. Antaranya adalah seperti didalam halaman berikut:



Produk shaklee yang dicadangkan untuk pesakit batu hempedu ini adalah

Omega guard : membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

Alfalfa : mengurangkan inflamasi & infeksi

Lecithin : mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut

Ostematrix : mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang

B Complex - mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan
Vitamin C - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman



Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

Rujukan:
http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-709043.html

Wednesday 5 February 2014

Set Mengurangkan Berat Badan

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat sekalian,

Hari ini saya nak share satu lagi set shaklee yang menjadi minat ramai. Set untuk mengurangkan berat badan. Tahukah kita Obesiti merupakan sejenis penyakit nutrisi. Di Malaysia 4 daripada 10 orang dewasa melebihi 18 tahun mengalami samada kegemukan atau berlebihan berat badan. Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006. Terdapat empat punca obesiti iaitu genetik / keturunan, pemakanan (makanan yang diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi), kurang aktiviti atau senaman dan pengambilan ubat-ubatan.

Dengan mengambil set berikut, kita dapat membantu mengawal berat badan ke paras ideal. Konsep asas yang digunakan adalah BAKAR + BUANG + BINA



Bagaimana ia berfungsi?


  1. BAKAR : Produk shaklee yang dicadangkan berfungsi memecah dan membakar lemak dan kolesterol. Produk yang dicadangkan adalah Lecithin atau Omega Guard
  2. BUANG : Produk shaklee yang dicadangkan berfungsi membuang lemak dan toksin dari badan. Produk yang dicadangkan adalah Alfalfa complex atau Herblax
  3. BINA : Produk shaklee yang dicadangkan berfungsi membina semula otot. Produk yang dicadangkan adalah ESP atau Cinch (Chocolate/Vanilla/Latte)

Disamping mengambil supplement, tips-tips berikut dapat membantu mempercepatkan kesan:


  • Kawal pemakanan
  • Senaman
  • Minum air secukupnya (2-3 Liter) sehari

Hubungi saya untuk mendapatkan set mengurangkan berat badan ini ;)



Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

Set Menambah Berat Badan

Assalamu'alaikum w.b.t

Mari mendepani hari dengan penuh semangat.. yea.. semoga Allah membantu kita mengharungi setiap ujiannya dalam kehidupan kita.. ujian Allah itu tanda kasih sayangNya untuk menjadikan kita lebih kuat...

Hari ini saya nak share sedikit info berkenaan kurang berat badan. Macamana nak tahu kita kurang berat badan?

  1. Indeks Jisim Tubuh (BMI) adalah kurang daripada 18.5 kg/m2.
  2. kita mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi
  3. kita mengalami kekurangan berat badan akibat masalah gangguan pemakanan ("anorexia/bulimia"), masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid) atau berpenyakit.
Kekurangan berat badan boleh menyebabkan mudah mendapat penyakit, sukar sembuh sekiranya sakit, hormon tidak stabil, cepat letih, kurang daya tumpuan dan kekurangan zat

Macaman nak tambah berat badan?

  1. Kira keperluan kalori seharian kita atau DCR. DCR kita bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian
  2. Catat pelan pemakanan am kita. Senaraikan makanan dan minuman yang kita biasa makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. Boleh rujuk kepada fakta nutrisi pada packaging produk-produk tersebut.
  3. Gunakan suplemen penambah berat (weight gainer) untuk menambah jumlah pengambilan kalori kita setiap hari. Ini tidak wajib tapi kalau kita malas atau sukar untuk sediakan makanan, suplemen weight gainer ini dapat membantu.
  4. Angkat berat atau weight training. Tak kira lelaki mahupun perempuan, kita wajib melakukan senaman rintangan, beban atau weight training untuk menggalakkan tumbesaran otot. Inilah dimana ramai yang ingin tambah berat badan gagal. Untuk panduan senaman angkat berat, bolehlah rujuk kepada ribuan video di YouTube atau kalau mampu, cuba dapatkan panduan 1-2 sessi daripada jurulatih peribadi. Yang penting kita tahu cara yang betul, kalau tidak memang masa yang anda luangkan di gym memang sia-sia.

Set berikut merupakan suplemen penambah berat yang sesuai untuk diambil :-


Mealshake 
  • Meal Shakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.
  • Protein penting untuk tambah berat sebab protein bantu badan bina sel, bila nak tambah berat, pasti ada penambahan sel.
  • Fungsi organ jadi lebih efektif sbb protein bantu organ menjalankan tugasnya, contoh usus serap nutrien makanan.
  • Ia juga membantu menambah selera makan.


Vita-Lea :
  • Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah, banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat.
  • Bila darah lancar, nutrien boleh disebarkan secara berkesan dalam badan dan semua sel sihat dan membesar dengan baik.


B-Complex:
  • Kekurangan Vitamin B1 boleh menyebabkan kurang selera makan. Pengambilan B1 (Thiamine) boleh baiki selera makan. Keperluan Thiamine adalah 5mg hingga 30mg dan mungkin meningkat kepada 300mg.



Rujukan:

Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.